Sunday 28 January 2018

Nuget Untuk Sarapan Pagi dan Bekal ke Sekolah?

Assalamualaikum

Seingat N, masa awal buka sekolah haritu, banyak keluar di berita perihal anak-anak di sekolah. Terutama semasa segmen tajaan M*** 

Ada ramai anak dan ibu ayah yang ditemubual. Tahniah diucapkan kepada ibu ayah yang rajin bangun awal untuk sediakan makanan dan bento untuk anak- anak. Tidak semua ibu bapa berkesampatan untuk menyediakan sarapan dan bento ini. Tapi N agak ralat apabila ada anak dan ibu ayah maklumkan nugget sebagai sarapan pagi / bekal ke sekolah. N berpendapat nuget bukanlah pilihan tepat kepada anak-anak. Ini pendapat N, mungkin ada ibu ayah yang tak setuju.

Nuget adalah salah satu makanan yang dilarang penjualannya disekolah. Ada 13 jenis makanan yang tak boleh dijual dikantin sekolah mulai 2018 antaranya sosej, nuget, bebola, daging burger, filet ikan. Kalau dulu, makanan ini hanyalah tidak digalakkan dijual tapi kini telah dilarang. Pihak KKM kini serius untuk membendung masalah kesihatan ini bermula sejak kanak-kanak lagi kerana semakin ramai rakyat Malaysia yang menghidap pelbagai penyakit termasuklah diabetes, jantung, darah tinggi, strok dan hiperlipidemia.

Mungkin ada berpendapat, tiada salahnya menjual makanan ini sebab anak-anak suka. Dan ini juga mengutungkan pihak pengusaha kerana banyak permintaan. Sebenarnya, makanan ini sangat tak berkhasiat. Banyak MSG, garam, pengawet dan pewarna. Contohnya nuget dan sosej, agak-agak berapa banyak isi ayam di dalamnya? Dan boleh dibeli dengan murah pula. Biasa ibu-ibu beli ayam sekilo dah berapa rm kan? Selain itu, makanan diproses ini sangat tinggi kandungan garamnya dan tidak digalakkan kepada pesakit darah tinggi. Pihak pengusaha boleh mempelbagaikan menu jualan agar anak mempunyai lebih banyak pilihan di sekolah.

Usaha membuat sarapan dan bekal anak wajar diteruskan. Cuma rancanglah menunya agar lebih berkhasiat dan disukai oleh anak-anak. Mungkin boleh disiapkan sedikit bahannya pada waktu malam, pagi esok boleh terus masak. Bekalkan juga sebotol air kosong ke sekolah. Walaupun di sekolah biasanya ada dijual air manis, namun ada baiknya dibawa air kosong. Sekurang-kurangnya, anak hanya membeli 1 cawan air manis, dan akan minum bekalan air kosongnya.

Selalulah bertanya pada anak perihal dirinya di sekolah. Bukan hanya bertanya apa yang diajar oleh guru, tetapi tanyalah jua apa yang dibeli semasa rehat di sekolah.

Sementara anak-anak masih dalam kawalan ibu ayah, bimbinglah mereka untuk membuat pilihan yang bijak. Dan tarbiah terbaik adalah bermula dari rumah. Jika ibu ayah sudah lama memperkenalkan makanan seperti seperti burger, sosej atau nuget sejak mereka kecil, bertindaklah sekarang. Kurangkanlah kekerapannya. Atau jika berdaya, boleh dibuat sendiri. Sekarang zaman serba canggih, apa sahaja maklumat boleh dapat di laman sesawang. 

Insyaallah. Moga Allah mengganjari setiap usaha yang dilakukan demi kesihatan anak-anak kita.

Sunday 21 January 2018

Demam Denggi?

doktoreva.blogspot.com
Assalamualaikum

Minggu ni barulah N ada kelapangan, mencari- cari mood untuk menulis
Sepanjang 2 minggu lepas, berulang ke klinik dan hospital. Jumpa Dr, ambil darah etc

Petang 7 Jan, Abang Adam dah mula demam. Tinggi. Hampir 40. Selalunya lepas makan ubat atau masuk ubat bontot dah berpeluh. Ini berpeluh sekejap, then panas balik. Tak sampai 6 jam dah panas lagi.

Dan terus ke klinik swasta malam tu juga. Cuma demam kalini nampak beza dari kebiasaanya. Biasanya hari ke2 dah kebah. Dan masih aktif. Kalini, banyak terbaring. Makanlah dalam 2-3 suap, lepas tu minta nak baring. Ubat tetap diberi 6jam sekali. Masih tak kebah.

Hari ke-4, 10 Jan bawa ke klinik kerajaan. Dah kerana lebih 3 hari, perlu diambil darah FBC, dan buat test NS1, COMBO untuk pengesahan denggi. Alhamdulillah, keputusan negatif. Maksudnya tiada denggi. Tapi malangnya keputusan FBC tak normal, platelet, WBC dibawah bacaan normal. Jadi kata Dr, dia akan diuruskan seperti kes denggi. Dan perlu ambil darah setiap hari. Kiranya Adam ni viral fever dan denggi adalah salah satu drai viral fever.

Bermulalah episod ambil darah FBC. Berselang seli tangan kanan dan kiri. Selamba je Adam tengok nurse cucuk. Kitalah rasa kesian, hari-hari nak kena ambil darah. Rasa nak je minta diwardedkan. Biar on drip, adalah tenaga sikit. Cuma sebab Adam tiada klinikal simptom denggi, jadi pemantauan di rumah saja.

N pun gigih menggoogle cara rawatan denggi. N akan kongsi pada entri seterusnya ya.

Alhamdulillah, 15 Jan, darah makin baik. Adam pun dah aktif, dah ada selera makan. Demam pun dah kebah. Sebelum ini, nak makan pun nangis. Nak minum air pun kena paksa. Air manis ke jus ke air kotak ke, semua taknak. Kita sebagai mak ni, rungsing sangat. Taktau macamana nak buat lagi. Pujuk apa pun taknak.

Dan dalam masa yang sama, Adik Aiman pun join abang demam. Cuma taklah sampai ambil darah sebab Adik aktif juga. Walau taknak susu, Adik masih nak minum air zamzam, makan kurma,air susu kotak. Dan sepanjang anak-anak demam, memang tidor tak tentu masa. Banyak lepak kat sofa je, sambil buaikan adik, sambil jelum abang.

Sebab tulah orang kata, biasanya mak-mak ni, akan jadi orang terakhir demam. Dan agaknya memang naluri seorang ibu, walaupun tak kunci jam, akan otomatik terjaga sendiri setiap 1/2 jam nak jenguk anak (adam tido bilik lain)

Sekarang, N jaga anak-anak demam. Agaknya, bila N dah tua nanti, anak-anak nak jaga N ke?

Semoga anak-anak N, akan jadi anak yang soleh, yang akan berbakti pada agama dan ibu ayahnya ya. Ameen

Wednesday 10 January 2018

Tanda-Tanda Anak Cerewet Makan

Macammana ibu ayah nak kenalpasti anak cerewat makan atau tidak?

Harini, N nak kongsi antara ciri yang sering ditunjukkan oleh kanak-kanak yang cerewet makan. Ciri-ciri ini tak semestinya sama pada semua anak, namun sekurang-kurangnya ia boleh membantu ibu untuk mengenalpasti anak masing-masing.
  • Tidak tunjukkan minat pada makanan yang dihidangkan
  • Makan terlalu sedikit berbanding rakan sebayanya
  • Suka menangguh waktu makan
  • Kurang makan makanan berserat seperti sayur dan buah
  • Ambil masa yang lama untuk habiskan makanan
  • Tidak suka mencuba makanan baru
  • Suka mengasingkan makanan yang ada dalam pinggan
  • Lebih suka makanan ringan berbanding makanan utama yang sihat
  • Hanya suka makanan tertentu sahaja
  • Suka makanan rangup seperti keropok
  • Tidak suka makanan lembik
  • Suka nasi yang berperisa seperti nasi lemak, nasi ayam dan sebagainya berbanding nasi putih
  • Lebih suka mi atau pasta berbanding nasi
  • Lebih suka minuman manis atau bergas
  • Sukakan makanan yang mempunyai hiasan menarik 
N yakin ramai ibu yang berusaha yang terbaik untuk anak-anak. Dan mungkin ada yang menganggap tidak mengapa jika anak tidak makan makanan yang diperlukan untuk tumbesaran mereka,

"Biarlah dia taknak makan. Asalkan dia minum susu"

"Takpelah taknak makan sayur. Nanti besar, pandailah dia makan"

"Asalkan dia nak makan. Jajan pun takpe. Asalkan anak kenyang"
.
.
.
.
.
Wahai ibu ayah budiman. Bantulah anak- anak untuk membuat keputusan. Bimbinglah mereka. Anak berkemungkinan lapar, namun hanya tahu meminta susu. Ketahui apa tanda-tanda anak lapar dan kenyang.

Perkenalkanlah pelbagai jenis makanan berpandukan Piramid Makanan Malaysia. Ambil dengan kuantiti sederhana dan pastikan ia seimbang. Rancanglah menu dan galakkan anak mencubanya.




Kenalpasti anak tergolong dalam kategori cerewat makan atau tidak. Dengan cara ini,  Insyaallah boleh membantu anak-nak membesar dengan baik. Walaupun berhadapan dengan anak yang pelbagai ragamnya, pasti ibu ayah dapat menangani dengan baik jika ibu ayah bekerjasama dan berusaha bersungguh-sungguh.

Ikuti  https://diarimamauntukmama.blogspot.my/ untuk lebih info berkenaan anak-anak dalam entri seterusnya. Stay tuned!



 

Saturday 6 January 2018

Anak Kurang Selera Makan

sumber: serotothree.org


Anak-anak ni memang macam-macam ragamnya kan? Ada yang mudah diurus, ada juga sebaliknya. Yang paling mencabar nak uruskan anak-anak yang tak suka makan. Susaahhhhnya lahai nak pujuk dia makan. 

'Saya risau bila dia tak cukup makan, berat badan dia susah betul nak naik. Risau dia tak membesar seperti kawan-kawan sebayanya.'

'Susahnya nak suruh anak saya makan. Dia nak susu je. Makan tak nak. Penat nak kejar, nak suap dia makan'

Ini antara rungutan ibu-ibu yang ada masalah anak kurang selera makan.

Mengikut Penulis Buku 'Sayang, Marilah Makan' kanak-kanak yang berumur 2 hingga 5 tahun sering memilih makan. Kerana pada waktu ini, anak sedang membesar dan sibuk belajar mengenali perkara baru hingga makanan tidak menjadi tumpuan mereka.

Dalam erti kata lain, anak-anak kita ini, ada sahaja idea dan aktiviti nak dibuat. Makanan tu dah jatuh nombor 2. Asalkan dapat main, buat aktiviti, tak makan pun tidak mengapa.

Jom kita tengok apa punca anak susah nak makan.


  • Anak lebih banyak diberi susu formula berbanding susu ibu. Kajian menunjukkan, bayi yang diberi susu ibu dapat menerima pelbagai rasa makanan daripada makanan yang dimakan oleh ibu melalui susu.  
  • Anak lambat diberikan makanan pejal. Tahukah ibu, tepat umur 6 bulan bayi seharusnya dikenalkan dengan makanan pejal. Bukan seawal usia 4 bulan atau lewat sehingga mencapai usia 8 bulan. Pada usia 6 bulan, anak sudah bersedia untuk menerima makanan lain selain daripada susu. Ususnya juga telah matang pada usia ini.
  • Kurang kepelbagaian makanan yang diberikan juga menyebabkan anak memilih makanan. Anak hanya mahu makanan yang biasa dimakan sahaja dan sukar mencuba makanan baru.
  • Anak yang terlalu kerap minum susu juga akan sukar untuk makan. Semasa usia 6 bulan, makanan membekalkan 1/3 keperluan harian anak dan keperluannya meningkat selepas usianya setahun. Berdasarkan pengalaman saya, ada anak yang minum susu 30 minit sebelum waktu makan utama, 9 oz pula. Dengan usianya baru 1 tahun, kapisiti ususnya kecil sahaja. Lantas, bagaimana anak mahu makan nasi selepas itu? Cuba ibu minum 2 gelas air sebelum makan tengahari, pasti dah tak berselera nak makan nasi kan?
  • Suasana makan yang tidak kondusif dan ceria juga mengganggu selera makan anak. Anak biasanya mahu cuba makan sendiri, akibatnya banyak tertumpah dan dimarahi.
  • Pengalaman buruk semasa makan contohnya muntah, tercekik atau sakit perut juga menyebabkan anak takut untuk makan.
  • Ada juga anak kategori manja, hanya inginkan perhatian ibu ayah. Ini ibu ayah perlu beri lebih perhatian ya. Terutamanya ibu ayah yang sibuk bekerja dan anak ditinggalkan di nurseri/ pengasuh. Cara anak inginkan perhatian tidak sama. Jadi fahamilah anak kalian ya.



Mahukan lebih banyak info berkenaan anak kurang selera/ cerewet makan? Follow  https://diarimamauntukmama.blogspot.my/ untuk info seterusnya. Stay tuned!

Friday 5 January 2018

Jangkitan Kuman Dalam Peparu


 
sumber:imgkidDOTcom

Assalamualaikum


Malam ni N nak share pengalaman anak masuk wad sebab jangkitan kuman. Lama dah simpan cerita ni, rasa tak seronok nak kongsi. Yelah, cerita sedih kan. Tapi bila difikirkan balik, sebaiknya N kongsi dengan ibu-ibu yang mungkin alami masalah yang sama.

Seumur hidup N, tak pernah kena nab (ambil gas). Dan anak yang sulung pun memang tak pernah masuk wad atau nab.

Jadi inilah pengalaman pertama. Mulanya N pergi checkup di klinik swasta je, maklumlah balik kerja dah lambat. Lepas check, Dr bagi surat rujukan untuk ke hospital kerajaan. Dr syak ada sesuatu pada adik. Lain nafasnya katanya. 

Dan malam tu kami berdua ke hospital. Jam 10 sampai hospital. Hanya berdua. Abang dan papanya di rumah. Susah bawa dua-dua, nak kawal dan perhatikan.

Dr check, bagi ubat demam, dan nab. Meronta-ronta. Lepas tu, jumpa Dr semula. Nafas masih laju. Kena xray pula.. Confirm ada jangkitan kuman. Di peparu kiri dan kanan. Kesian adik. 

Dia minta masuk wad malam tu juga. Tapi sebab mamanya tak sedia, tak bawa apa-apa barang, tak sediakan barang sekolah abangnya... N sain AOR form (borang persetujuan atas risiko sendiri). Maksudnya N tak nak masuk wad, apa-apa risiko N tanggung sendiri. Dan sendiri berjanji dengan Dr kalau anak semakin tak aktif, N akan datang hospital semula. Jam 230 pagi baru sampai rumah. Tawakal je drive seorang ke Batu Pahat.

Esoknya masih pergi pejabat sebab ada temujanji dengan pesakit (tak sempat nak tunda), minta pengasuh perhatikan adik. Kalau tak aktif, bagitau. 

Tengahari pengasuh call, bagitau adik tak aktif (asalnya dia sejenis yang lasak). Cepat-cepat call semua temujanji petang, dan tunda tarik lain. Balik rumah ambil barang-barang penting dan baju sebab kalini memang akan serah diri.

Dan akhirnya duduklah kami dalam wad untuk 3 malam juga. Yang sedihnya bila duduk wad ni, bersedialah untuk dicucuk sana sini. Untuk drip lah, ubat lah, ambil darah lah. Waktu rawatan pun disiplin jer. Contohnya kalau dah sampai masa makan ubat/ nab, walau anak tengah nyenyak tidur, memang perlu dikejutkan.

Satu peristiwa yang paling tak boleh lupa... masa nurse masukkan antibiotik di kaki (tak berjaya masuk jarum di tangan sebab dia meronta-ronta), kakinya terketar-ketar. Macam ayam lepas kena sembelih tu. Kesiannnnn sangat. Sedih. Rasa macam gagal jadi ibu sampai anak kena masuk wad.

Sambil-sambil rawatan doktor, N sapu balm juga. Nak bantu cairkan kahak cepat-cepat. Adik ni dadanya macam dada burung (orang-orang tua cakap camtu). Bila kahak banyak, susah nafas, lekuk jadi makin dalam. Demam nya dah kurang. Cuma kahaknya degil taknak keluar. 

Pesanan N pada semua, terutama  yang ada anak kecil, kalau anak batuk, selsema jangan bertangguh. Cepat-cepat cara solusinya. Cuma jika kurang 2 tahun susah sikit sebab tidak dibenarkan ubat batuk atau selsema. Ada risiko. Hospital dan klinik kerajaan lah. Yang swasta diorang selamba je bagi. N pun syukurlah dah beli balm. 

Dan penting sangat untuk tengok keadaan persekitarannya. Contohnya kalau ada yang merokok, kerap batuk selsema, rumah atau tempat tidur banyak habuk, orang suka cium anak kita. Keadaan ini boleh tingkatkan risiko masalah saluran pernafasan (batuk/ selsema). Lagilah yang tembam, boolat, gebu.. Memang minta cium selalu. 


Wednesday 3 January 2018

Selamat Datang

Assalammualaikum.

Selamat datang ke Diari Mama

Sekian terima kasih :)
 
Copyright © 2018 Diari Mama. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.